Ahli politik pembangkang United Kingdom gesa siasatan dijalankan selepas sebuah akhbar melaporkan ejen Kremlin disyaki menggodam telefon bimbit bekas Perdana Menteri Liz Truss ketika beliau menjadi Menteri Luar.<br /><br />Dalam satu laporan yang belum disahkan, The Mail On Sunday memetik sumber keselamatan yang memberitahu, telefon bimbit peribadi Truss digodam ejen disyaki bekerja untuk Kremlin.
